1.2 juta atau 33.8 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids), setakat semalam.

Berdasarkan data laman sesawang COVIDNOW, 1.73 juta atau 48.8 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, 2.91 juta atau 93.7 peratus telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 3.01 juta atau 96.8 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam pada itu, 16.1 juta atau 68.5 peratus individu dewasa telah menerima suntikan dos penggalak, manakala 22.97 juta atau 97.7 peratus telah lengkap dua dos suntikan vaksin dan 23.25 juta atau 98.9 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

4,254 dos harian diberikan semalam.

Sementara itu, Portal Github Kementerian Kesihatan melaporkan dua kematian akibat COVID-19 semalam masing-masing satu kes di Sarawak dan Selangor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini