Menurut Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Adnan Mat, melalui tinjauan yang dibuat, rata-rata belum berani atau yakin untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 atas faktor-faktor kesihatan.

Beliau menyarankan agar ketua-ketua perkhidmatan agar bertemu dan menasihati mereka tentang kebaikan vaksinasi kepada diri dan keluarga.
 
Beliau ditemui pada Program Karnival Sukan Port Dickson 2021 di Pantai Batu 1, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Karnival tersebut menampilkan tiga program utama iaitu Run PD Run 2021, Ride PD Ride 2021 dan Petanque Double Open Negeri Sembilan 2021.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini