Di Jalan Bidor-Sungai, seorang lelaki maut tersepit dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan Van pagi tadi. Mangsa, Muhammad Muqtadir Hamidon 24 tahun yang tersepit di tempat duduk pemandu kereta, cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bidor, Muhammad Asyraf Mat Isa berkata, lima anggota dihantar ke tempat kejadian setelah menerima panggilan kecemasan pukul 8.49 pagi.Mangsa yang tersepit dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat ‘Resq Tool’. Dalam kemalangan itu, pemandu van berusia 36 tahun pula hanya cedera ringan dan diserahkan kepada pihak ambulans untuk rawatan. Mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini