10.70 juta individu atau 45.7 peratus daripada populasi dewasa di Malaysia telah menerima dos penggalak vaksin COVID-19 setakat malam tadi. Data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW memaklumkan seramai 22.91 juta individu atau 97.9 peratus populasi dewasa telah melengkapkan dos vaksin COVID-19 masing-masing.

Manakala 23.19 juta individu atau 99.1 peratus daripada golongan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2.78 juta  individu atau 88.3 peratus telah melengkapkan vaksinasi mereka.

Manakala 2.86 juta individu atau 91.0 peratus daripada populasi itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini