Bantu baiki motosikal rosak akibat ditenggelami banjir. 10 anak jati Terengganu hadir memberi bantuan kepada penduduk terjejas banjir di Temerloh, Raub dan Bentong, Pahang.

Setakat ini lebih 200 buah motosikal telah berjaya dibaiki di tiga lokasi berkenaan. Mereka mendapatkan bekalan alat ganti motosikal, sumbangan beberapa syarikat selain pusat khidmat masyarakat di Terengganu.

Mereka akan meneruskan misi bantuan tersebut dari semasa ke semasa ke kawasan-kawasan terjejas banjir lain.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini