Berita gembira buat peminat bola sepak. Anda bakal menyaksikan satu perlawanan amal bola sepak yang akan berlangsung di Larkin pada 30 Jun ini. Perkara itu dimaklumkan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi laman sosial Facebook dan Twitter rasmi beliau, pada Khamis. Menurut Tunku Ismail, Perlawanan Amal ‘All-Star’ antara ‘Rest of the World XI’ dan Pilihan Johor Darul Ta’zim (JDT) akanmenampilkan lebih 10 bekas pemain bola sepak terkemuka dari seluruh dunia. Hasil kutipan dari perlawanan akan disumbangkan kepada Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia dan Women’s Aid Organisation.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini