10 buah rumah kediaman dan empat rumah kedai musnah sekelip mata dalam kebakaran di Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu, Kelantan malam tadi.

Kebakaran dilaporkan bermula pukul 7.20 minit malam dan api berjaya dikawal sepenuhnya pukul 9.06 minit malam.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Penguasa Kanan Mohd Wildan Azhari berkata seramai 70 anggota dari tujuh balai iaitu Kota Bharu, Tunjong, Kota Darul Naim, Wakaf Bharu, Pengkalan Kubor, Tanah Merah dan Pasir Tumboh dikerah memadam kebakaran.  
 
Turut membantu, 30 anggota polis dan 12 anggota RELA.

Sementara itu, salah seorang mangsa yang sarat hamil, terkilan kerana kesemua persiapan barang bayinya selain beberapa dokumen penting musnah.

Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini