Kes bot pelancong bertembung dengan bot nelayan di muara Sungai Besut di Jeti Pelancongan Kuala Besut, semalam.

Sepuluh termasuk dua kanak-kanak berusia 11 dan 12 tahun cedera dalam insiden tersebut.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata insiden menyebabkan dua mangsa kritikal, lapan separa kritikal manakala 21 yang lain terselamat.

Kes dirujuk kepada Jabatan Laut untuk tindakan mengikut Seksyen 474(1) dan 361(1) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 serta Kaedah 3(1) Peraturan Bot.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini