Sepuluh cedera termasuk empat kanak-kanak dalam kemalangan membabitkan 14 kenderaan di Kilometer 457.8, Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) arah utara menghala ke Klang, malam tadi. Kemalangan pada jam 11.45 malam itu turut membabitkan sebuah kenderaan milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sebuah kenderaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada jam 12.08 tengah malam. Kemalangan dipercayai berpunca daripada sebuah lori yang membawa muatan sayur dari Cameron Highlands menuju ke Johor hilang kawalan sebelum terbabas ke lorong sebelah dan melanggar sebuah kenderaan di lorong berkenaan. Polis menahan pemandu lori sayur berusia 36 tahun untuk siasatan lanjut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini