Merusuh dalam satu perlawanan bola sepak.

10 individu warga tempatan berumur antara 17 hingga 36 tahun ditahan di Labuan.

Siasatan awal mendapati, rusuhan berpunca apabila penyokong kedua-dua pasukan tidak berpuashati terhadap kekerasan semasa perlawanan sehingga berlaku pergaduhan, antara penyokong dan pemain.
 
Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Ibrahim Mohd Ghani berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 1.30 petang semasa perlawanan separuh akhir, antara pasukan Bambu 2, dan Pasukan PAT United.
 
Akibat kejadian, beberapa individu mengalami kecederaan ringan dan telah menerima rawatan.
 
Mereka yang terlibat telah dikenalpasti dan beberapa siri tangkapan telah dibuat bagi membantu siasatan.
 
Kes diklasifikasikan dibawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 2-tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini