Sekurang-kurangnya 10 individu terperangkap setelah bangunan dua tingkat di bandar Malatya, Turki runtuh.

Bangunan dipenuhi pengunjung ini runtuh ketika kerja pengubahsuaian yang mengakibatkan kerosakan pada salah satu dinding yang memisahkan dua restoran di tingkat bawah.

Operasi mencari dan menyelamat mangs a yang mungkin masih hidup di celah-celah runtuhan giat dijalankan.

Lebih enam jam selepas operasi menyelamat bermula, kira-kira 10 orang masih terperangkap.

Setakat ini dua daripada 13 orang dilaporkan memerlukan rawatan rapi manakala tiga lagi dibenarkan keluar hospital selepas mengalami cedera ringan.

Pemilik bangunan dan tiga pekerja yang menjalankan kerja pengubahsuaian ditahan bagi membantu siasatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini