Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Arkib Negara Malaysia (ANM) menggerakkan Pasukan Tindakan Bencana Rekod untuk kerja-kerja pemuliharaan rekod.

Ia bagi membantu kerajaan menyelamatkan rekod dan dokumen yang terkena banjir baru-baru ini.

Ketua Setiausaha  Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Dr Noor Zari Hamat berkata, Arkib Negara mengadakan lawatan Khidmat Nasihat dan Bantuan Pemuliharaan Rekod dengan lebih 30 buah agensi kerajaan di seluruh negara.

Antara rekod yang telah dikenalpasti terlibat dalam bencana itu ialah rekod berkaitan pentadbiran, kewangan dan perakaunan.

10 juta rekod yang terjejas akibat banjir mampu diselamatkan melalui kerja-kerja pemuliharaan yang teliti. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini