Sepuluh kawasan dikategorikan sebagai kritikal di sekitar Lembah Klang yang memerlukan proses mitigasi. Ia hasil pemantauan Jabatan Mineral dan Geosains, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli terhadap cerun dan bukit di 35 kawasan.

Antara yang dikategorikan kritikal adalah di Kampung Palimbayan Sungai Penchala, Taman Nusa Subang, Apartment Teratai, Jalan Bunga Anggerik Taman Melawati dan  Taman Duta Seri Duta 1.

Jabatan Mineral dan Geosains telah membuat penilaian bermula 20 hingga 22 Disember dengan beberapa arahan pengosongan rumah bagi penduduk yang berada dikawasan terjejas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini