10 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas banjir dan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Beluran, Sabah baru-baru ini, masing-masing menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1,000.

Bantuan disampaikan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) yang juga Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Penduduk terjejas banjir juga akan menerima dana dan bantuan pembaikan rumah serta peralatan yang telah pun disenaraikan kerajaan.

Setiap waris keluarga dua korban banjir di Telupid dan Daerah Kecil Paitan juga akan menerima sumbangan sebanyak RM10,000.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini