10 lelaki termasuk dalang sindiket memproses dadah ditahan dalam enam serbuan di sekitar Gombak dan Bukit Puchong, Selangor, Isnin lalu.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain, pihaknya merampas 19.7 kilogram heroin base, 43.1kg heroin, 3.2kg pil ekstasi dan 110 kilogram serbuk dadah MDMA, dianggarkan bernilai RM8.09 juta.

Sindiket ini dipercayai bergiat aktif sejak enam bulan lalu. Bekalan dadah tersebut dibawa masuk dari negara jiran sebelum dijual di pasaran tempatan. Polis turut merampas dan menyita pelbagai jenis kenderaan mewah, barang kemas serta membekukan akaun bank milik suspek.

Nilai keseluruhan rampasan serta sitaan aset dianggarkan berjumlah RM10.1 juta. Seorang daripada suspek positif dadah manakala lapan lagi mempunyai rekod lampau dadah serta jenayah. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.  Kesemua suspek direman selama lima hingga 11 hari bermula 23 November lalu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini