Sekurang-kurangnya 10 maut, 32 orang cedera dan tiga masih hilang selepas cerun bukit runtuh menimpa bot membawa pelancong di sebuah tasik di Brazil.

Pihak berkuasa menyatakan, angggaran jumlah mangsa terbabit berdasarkan maklumat saksi dan agensi pelancongan.

Dalam kejadian tengah hari semalam waktu tempatan, serpihan bongkah batu itu jatuh dan menghempap tiga bot pelancong di Tasik Furnas, di wilayah Capitolio.

Lokasi tersebut menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara yang teruja dengan keunikan dinding batu, gua dan air terjunnya yang mengelilingi tasik dibentuk oleh empangan hidroelektrik itu.

Dalam video dikongsi di rangkaian media sosial, terdapat rakaman apabila cerun itu jatuh ke atas tiga bot berkenaan yang mencetuskan panik dalam kalangan penumpang yang menyaksikan kejadian tersebut.

Satu lagi video menunjukkan detik beberapa minit sebelum kejadian yang memaparkan beberapa orang menjerit memberi amaran supaya menjauhi tasik berkenaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini