Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri telah mengenalpasti 10 kediaman di Pasir Mas untuk menjadi perintis Projek Baik Pulih Rumah Pascabanjir di Kelantan.

Menurut Pengarahnya Datuk Ruji Ubi, kerja baik pulih membabitkan kos RM5,000 akan disalur terus secara tunai kepada penerima.

“Kita akan ambil dari senarai penerima bantuan wang ihsan jadi pihak PKOB bersama-sama dengan pelbagai agensi lagi contoh KPKT, KPLB akan turun kebawah membuat penilaian jadi tak perlu memohon pun”.

Manakala, bagi kos melebihi RM5,000-RM15,000 akan dibaiki melalui pelantikan kontraktor yang diselaras Kementerian Pembangunan Luar Bandar serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini