10 sungai di lima negeri iaitu Pahang, Johor, Kelantan, Negeri Sembilan dan Melaka merekodkan paras air melebihi tahap bahaya pagi ini, susulan hujan berterusan sejak semalam.

Portal Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan paras air di lapan daripada 10 sungai itu masih menunjukkan pola meningkat, sekali gus berisiko menyebabkan banjir.

Di Pahang, tiga sungai di Bera, Raub dan Lipis melepasi paras bahaya , antaranya Sungai Serting di Jam Padang Gudang, Bera;  dan Sungai Kechau di Kampung Dusun, Lipis.

Manakala Sungai Lipis di Batu Malim, Raub mencatat paras bahaya namun  mula menurun.

Di Johor, dua sungai melebihi paras bahaya iaitu Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat serta Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur, Tangkak

Satu sungai di Kelantan turut melebihi tahap bahaya iaitu Sungai Kelantan di Kuala Krai, namun kini trend menurun.

Dalam pada itu, tiga sungai di Jempol dan Kuala Pilah, Negeri Sembilan sudah melebihi paras bahaya. iaitu Sungai Muar di Kampung Berembang, Kuala Pilah, Sungai Serting di Kampung Datok Johan, Jempol dan Sungai Muar di Pekan Rompin, Jempol .

Melaka pula merekodkan satu sungai melebihi paras bahaya iaitu Sungai Melaka di Batu Hampar, Melaka Tengah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini