10 individu termasuk lapan kanak-kanakmaut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Alam, Selangor, malam tadi.

Difahamkan, sembilan daripada mangsa itu adalah satu keluarga iaitu seorang wanita dan lapan anaknya. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, kemalangan membabitkan tiga kereta dan sebuah treler.

Sepasukan 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dan BBP Puchong dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 11.42 malam. Nahas membabitkan 17 mangsa dengan 10 daripadanya disahkan meninggal dunia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini