Presiden Sierra Leone, Julius Maada Bio menggesa rakyatnya mengambil iktibar daripada tragedi mengorbankan lebih 100 orang dalam letupan lori tangki bahan api di Freetown, Jumaat lepas.

Ketika ini, pihak berkuasa menumpukan kepada usaha membantu kira-kira 92 mangsa cedera dengan sebilangan besar daripadanya parah. Beliau berjanji kerajaan akan memberikan rawatan percuma kepada mangsa yang terselamat.

Negara itu berkabung selama tiga hari dengan bendera dikibarkan separuh tiang dan upacara penghormatan terakhir kepada mangsa diadakan di seluruh negara pada Jumaat dan Ahad.

Tragedi berdarah tersebut berlaku selepas sebuah lori tangki bahan api terlibat kemalangan jalan raya dengan bertembung sebuah trak.

Kebanyakan mangsa adalah peniaga jalanan dan penunggang motosikal yang terperangkap dalam kebakaran ketika cuba mendapatkan bahan api yang bocor dari lori tangki sebelum ia meletup.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini