100 pemandu teksi limosin di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) Bayan Lepas menerima sumbangan kotak makanan di bawah program Jelajah Prihatin Jubli Emas Perkeso. Kotak makanan itu merupakan inisiatif agensi berkenaan dalam meringankan beban golongan itu yang terkesan dengan pandemik ketika ini.

Ketua Unit Cawangan Bahagian Sumber Manusia Ibu Pejabat Perkeso, Mohd Razmi Khalid berkata, pihaknya tetap memberi sumbangan kepada pemandu teksi yang terkesan meskipun ada dari mereka yang tidak lagi mencarum dengan PERKESO.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pemandu Limosin LTAPP, Hafizi Ahmad yang mewakili golongan itu berkata sumbangan berkenaan amat bernilai kepada mereka. Sumbangan berkenaan melibatkan kerjasama beberapa agensi antaranya PPIM, APM dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).                    

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini