Kelapa dari Johor antara komoditi terbaharu dikesan cuba diseludup ke negara jiran menerusi pangkalan haram di Sungai Golok berhampiran sempadan Malaysia-Thailand.

Kegiatan itu dikesan hasil penahanan tiga treler yang membawa lebih 100 tan buah kelapa bernilai lebih RM200,000 pada 25 dan 26 November.

Pangkalan haram penyeludupan itu dikesan di Simpangan serta Kampung Bunohan, Tumpat, Kelantan.

Menurut Pegawai Pemerintah PGA8, Superitenden Mat Shukor Yusof, siasatan mendapati kesemua kelapa yang dirampas dibawa daripada Johor dengan muatan yang banyak untuk satu perjalanan.

Setiap treler membawa muatan antara 30 hingga 40 tan kelapa dari Johor sebelum diserahkan kepada individu yang sedia menunggu di sempadan.
 
Tiga pemandu berusia 28 sehingga 49 tahun ditahan.

Dari pangkalan haram, buah terbabit diseludup menggunakan perahu ke tebing negara jiran. 

Sejak 17 November lalu, sejumlah 57 kes penyeludupan dengan nilai rampasan lebih RM4.8 juta berjaya ditumpaskan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini