Hampir 1,000 banduan di Kelantan sudah menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19. Ia bagi mengelak tercetusnya kluster baharu di penjara. Pengarah Penjara Negeri, Penolong Kanan Komisioner Mat Yaacob berkata program vaksinasi sejak Julai lalu itu dilaksana dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Kelantan.

Pemberian vaksin ke atas kira – kira 5,000 banduan yang ditempatkan di Penjara Pengkalan Chepa dan Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Pusat Koreksional, Machang dijangka bermula dalam tempoh terdekat. Setakat ini kes jangkitan COVID-19 dalam penjara di negeri itu terkawal susulan beberapa pendekatan termasuk pengenalan Penjara Satelit.

Fungsinya sebagai zon tapisan untuk pesalah menjalani ujian calitan COVID-19 dan pusat kuarantin sebelum dibawa ke penjara utama. SOP juga diperketat dalam kalangan banduan dan petugas. Beliau ditemui pada Program Japanese Rock Melon dengan kerjasama Penjara Negeri Kelantan dan Syarikat El Matta Sdn Bhd, di Penjara Pengkalan Chepa.                     

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini