Lebih 1,000 hasil kerja seni oleh 150 orang penggiat seni visual tempatan dijual di ArtEDecor 2022. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri menjelaskan ia adalah platform bagi karyawan dan pembeli untuk bertemu dan menjual hasil seni mereka secara terus.

Penganjur, Nor Azmi Sulong berharap ArtEDecor mampu membuka ruang kearah usaha lebih besar memasarkan hasil kerja anak tempatan. Pameran bermula hari ini sehingga 6 Mac 2022 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini