Lebih 1,000 pegawai perhubungan sekolah (PPS) dan anggota polis ditugaskan di 1,102 sekolah rendah dan menengah di Perak. Langkah tersebut bertujuan bagi memantau perlaksanaan dan tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Menurut Ketua jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Negeri, SAC Noorzainy Mohd Noor. Selain PPS, Unit Rondaan Bermotorsikal dan anggota polis trafik turut digerakkan bagi memantau lalu lintas bagi mengelakkan kesesakan dan memastikan keselamatan pelajar terpelihara.

Beliau ditemui selepas Program Pemantauan SOP COVID-19 bersama pengurusan Sekolah Kebangsaan Cator Avenue di Ipoh. Seramai 100,816 daripada 201,632 murid Tahun Satu hingga Enam di negeri ini memulakan sesi persekolahan hari ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini