Hampir 100,000 bakat profesional, mahir dan separa mahir diperlukan bagi memacu pertumbuhan pesat projek rel dalam negara pada masa akan datang.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, Kementerian mempunyai visi untuk melihat industri rel menjadi sektor perniagaan lebih kukuh dan berdaya saing.

Kerajaan juga komited memberi sokongan dan panduan kepada pemain industri tempatan yang ingin berusaha menambah kepakaran, penambahbaikan fasiliti dan kapasiti masing-masing.

Ketika ini, tujuh projek pembinaan diluluskan melibatkan penambahan seribu-30 kilometer trek rel.

Melalui pembangunan industri rel secara holistik di bawah Pusat KecemerlanganĀ  Rel Kebangsaan, sasaran meningkatkan peratusan penggunaan kandungan tempatan kepada 45 peratus menjelang 2030 bakal dicapai.

Beliau merasmikan Malaysia Rail Dialogue 2022 di Putrajaya.

Melalui platform dialog itu, pemain industri rel tempatan dapat menyuarakan secara langsung isu dihadapi selain cadangan pemerkasaan polisi sedia ada.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini