Banjir di Assam, Timur Laut India telah menjejaskan hampir 5.5 juta orang.

101 penduduk terkorban dengan pertambahan 12 kematian pada Rabu.

Hujan lebat turut menyebabkan tanah runtuh.

Assam mula dilanda banjir sejak pertengahan Mei lalu dengan 32 daerah di negeri itu terjejas.

Hampir 5,000 kampung ditenggelami air dan lebih 99,000 hektar kawasan tanaman rosak.

Operasi menyelamat dan bantuan telah dipergiatkan oleh pentadbiran tempatan di daerah yang terjejas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini