Polis Kelantan mengeluarkan 101 saman trafik menerusi Ops Ambang Tahun Baharu 2022 di seluruh Kelantan malam tadi. Seramai 822 individu dan 843 kenderaan telah diperiksa. Daerah Kota Baharu mencatatkan jumlah saman paling tinggi iaitu 45 saman trafik diikuti daerah Bachok 28 dan Kuala Krai 13.

Enam tangkapan turut dibuat berkaitan kesalahan dadah di Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh. Pemantauan ambang tahun baharu dilakukan di semua daerah secara serentak malam tadi dengan kekuatan 72 pegawai serta 333 anggota pelbagai jabatan. Tahun ini tiada sebarang sambutan tahun baharu namun pemantauan lokasi tumpuan tetap dilakukan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini