103 kenderaan diambil tindakan atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Kenderaan Persendirian di Plaza Tol Segambut, malam tadi.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) memeriksa sebanyak 410 buah kenderaan dalam operasi itu.

Ia melibatkan 62 kes kesalahan tiada lesen memandu, 42 kes tiada perlindungan insurans, 178 kes kesalahan teknikal, 30 kes lesen memandu tamat tempoh dan tiga kesalahan lain kes,

Operasi diketuai Ketua Bahagian Penguatkuasa, Ahmad Kamarunzaman Mehat bersama Pengarah JPJ WPKL, Mohd Zaki Ismail.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini