103,528 pengguna telah melanggan Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia.

Daripada jumlah tersebut, 72,352 dilanggan melalui Pakej Remaja Keluarga Malaysia manakala 31,176 dilanggan melalui Pakej Peranti Keluarga Malaysia.

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Mohammad Mentek percaya, jumlah tersebut boleh mencapai 120,000 hingga 130,000 pengguna menjelang 9 Disember ini.

Pakej Remaja Keluarga Malaysia menerima langganan lebih tinggi berikutan rata-rata golongan tersebut sudah mempunyai peranti dan hanya memerlukan pakej prabayar untuk kegunaan internet. 

Beliau ditemui pemberita selepas melawat program Kelas Kemahiran Digital #SayaDigital MDEC di Pusat Ekonomi Digital Kampung Terbak, Tumpat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini