1,051 kes jenayah komersial membabitkan kerugian RM13.49 juta  dilaporkan di Terengganu sejak awal tahun ini. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu, Superintendan M. Zambri Mahmud berkata jenayah komersial didapati meningkat berbanding tahun lalu hanya 867 kes. 

Kes penipuan pembelian dalam talian direkodkan kerugian tertinggi dengan nilai RM5 juta, diikuti dengan Macau Scam sebanyak RM1 juta.

Manakala skim pinjaman tidak wujud melibatkan nilai kerugian lebih setengah juta ringgit. 

Beliau ditemui selepas Kempen Pencegahan Jenayah Komersial Peringkat Kontinjen Terengganu di Kuala Terengganu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini