Kira-kira 106 juta penduduk Jepun keluar mengundi dalam pilihan raya umum hari ini bagi memilih 465 ahli Dewan Perwakilan.

1,051 calon menawarkan diri untuk bertanding, ketika Perdana Menteri, Fumio Kishida menaruh harapan untuk meraih kemenangan sulungnya sebagai pemimpin Parti Demokratik Liberal (LDP).

Kishida memimpin LDP sebulan lalu apabila Perdana Menteri Yoshihide Suga meletak jawatan.

Dalam kempen PRU ini, Kishida, 64 tahun menawarkan pakej rangsangan ekonomi baharu bernilai trilion yen bagi menangani kesan penularan pandemik COVID-19.

Beliau turut menggariskan rancangan mengagihkan bantuan secara lebih adil menerusi konsep ‘kapitalisme baharu’.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini