Polis merampas 1,060 karton rokok seludup, dianggarkan bernilai RM41,000, menerusi Ops Kontraband di Taman Melawati, Nusa Bestari.
 
Turut ditahan, seorang lelaki warga Bangladesh, berumur 34 tahun, dipercayai menjalankan aktiviti penjualan rokok tidak berdaftar, selain beroperasi secara haram.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Dzulkhairi Mukhtar menerusi kenyataan memaklumkan, pemeriksaan di rumah suspek menemukan pelbagai jenis rokok yang disimpan dalam sebuah bilik di bahagian belakang premis berkenaan.
 
Kes disiasat mengikut Seksyen 135 ( 1 ) ( E ) Akta Kastam 1967.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini