Seramai 8,733 anggota polis di seluruh negara telah menerima dos penggalak COVID-19 setakat ini. Baki 106,352 anggota lagi sedang menunggu untuk mendapatkan dos tersebut. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata, setakat ini, pihaknya belum menerima sebarang laporan berkenaan laporan anggotanya menolak suntikan itu.
 
Beliau berkata demikian selepas hadir ke Majlis Penyampaian Bantuan Zakat kepada 40 individu di Dewan Serbaguna Markas Pasukan Polis Marin Wilayah 1, Batu Uban, semalam. Majlis tersebut melibatkan membabitkan 40 individu yang terdiri daripada asnaf, balu, anak yatim dan pesara polis.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini