1,099 pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di seluruh negara yang terkesan COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan telah dibantu Yayasan Pelajaran MARA (YPM).
 
Inisiatif Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP) yayasan itu melibatkan peruntukkan keseluruhan berjumlah RM407,655.

Pengerusi Eksekutif YPM, Datuk Dr Mohd Nizar Sudin berkata, SDEP diwujudkan bagi menyediakan bantuan dalam pelbagai bentuk.

Antaranya kewangan, barang keperluan pembelajaran dan kelengkapan pengajian kepada pelajar daripada keluarga B-40.

Beliau ditemui selepas menyerahkan Bantuan Bakul Makanan dan Bantuan Pendidikan YPM di Universiti Utara Malaysia di Sintok, Kedah. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini