11 individu termasuk lima wanita berusia 31 hingga 66 tahun ditahan ketika berkaraoke di dalam sebuah bangsal di Kampung Pasir Parit dekat Tok Uban, pada pukul 11.30 malam tadi.

Mereka ditahan ketika negeri itu masih berada di Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, serbuan dilakukan oleh sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas ketika mereka leka berhibur.

Hasil saringan awal air kencing keatas semua suspek mendapati, tiga wanita berusia antara 39 hingga 46 tahun positif dadah jenis syabu dan mempunyai rekod lampau berkaitan Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998 dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Jelasnya selepas menghadiri Majlis Pemakaian Lencana Pangkat dan Serah Terima Tugas di IPD Tumpat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini