Seorang wanita antara 11 yang ditahan Polis Kelantan berkait kes dadah dalam sembilan serbuan di beberapa daerah di negeri itu sejak 5 Jun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, ACP Sheik Azhar Sheik Omar berkata, suspek berusia antara 20 hingga 51 tahun ditahan dalam Ops Tapis Bersepadu di Kota Bharu, Pasir Mas, Gua Musang, Pasir Puteh dan Bachok.

Hasil serbuan, polis berjaya merampas 18,500 biji pil yaba, 211.57 gram heroin, 75.90 gram syabu dan 14.64 gram ganja dengan anggaran nilai rampasan mencecah RM211,999.
 
Turut disita, sembilan buah motosikal, dua buah kereta, wang tunai, dua utas gelang dan dua bentuk cincin dengan nilai keseluruhan RM123,324.
 
Menurut kenyataan medianya, jumlah rampasan dadah tersebut boleh digunakan 94,200 penagih.
 
Kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari dari tarikh mereka ditangkap.
 
Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini