11 juta penduduk Thailand yang belum menerima suntikan vaksin COVID-19 mungkin berdepan sekatan pergerakan dalam usaha membendung penularan jangkitan.

Justeru, Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Awam, Dr Sumani Watcharasin menggesa agensi berkaitan dan pihak berkuasa tempatan untuk mempercepat serta memperhebat lagi usaha vaksinasi.

Sehingga kini sejumlah 86.07 juta dos vaksin telah digunakan sejak program vaksinasi dilancarkan pada 28 Februari. Thailand menyasarkan menyuntik 70 peratus penduduknya dengan sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 menjelang akhir bulan ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini