11 juta penduduk Thailand yang belum menerima suntikan vaksin Covid-19 mungkin berdepan sekatan pergerakan dalam usaha negara itu membendung penularan jangkitan.

Sehubungan itu, Jabatan Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Awam menggesa agensi berkaitan dan pihak berkuasa tempatan  mempercepat serta memperhebat lagi usaha vaksinasi.

Sejak program vaksinasi dilancarkan 28 Februari lalu,  sejumlah 86.07 juta dos vaksin telah digunakan.

Thailand menyasarkan untuk menyuntik 70 peratus penduduknya dengan sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 menjelang akhir bulan ini.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Awam berkata, mereka yang tidak divaksin mungkin akan berdepan beberapa sekatan untuk menghadkan kontak.

Kementerian mungkin mengenakan syarat orang ramai perlu menunjukkan bukti vaksinasi sebelum dibenarkan memasuki tempat awam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini