11 kawasan hutan simpan di Perak diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK), sejak tahun 2017.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamed, kelulusan pewartaan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri itu membabitkan daerah Kinta, Manjung, Larut & Matang Selama serta Perak Selatan, keluasan lebih seribu 741 hektar.
 
Katanya, ia merupakan manifestasi kepada komitmen kerajaan untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada kawasan tanah negara sebagai kawasan berhutan dan dilitupi pokok
 
Beliau mengulas saranan Sahabat Alam Malaysia (SAM) kepada Kerajaan Negeri agar mewujudkan kembali HSK di daerah Bagan Datuk dan Hilir Perak bagi mengawal limpahan air laut susulan fenomena air pasang besar.
 
Terdahulu, Datuk Seri Saarani menyempurnakan penanaman pokok ke-2 juta sempena Program Penghijauan Malaysia Peringkat Negeri di Kompleks Latihan Perhutanan Sungai Siput, Perak.
 
Sebanyak 250 batang pokok pelbagai jenis ditanam pada hari ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini