11 lagi kes Covid-19 membabitkan varian Omicron dikesan di negara ini.

Semua kes merupakan jangkitan import.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sembilan individu yang dijangkiti merupakan warga tempatan.

Dua lagi kes membabitkan warga Nigeria.

Mereka mempunyai sejarah perjalanan ke United Kingdom, Amerika Syarikat, Nigeria, Arab Saudi dan Australia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini