Sekurang-kurangnya 11 orang maut dan puluhan lagi dipercayai hilang akibat kemalangan yang berlaku dalam lombong arang batu di Siberia, Rusia. Agence France-Presse (AFP) melaporkan terdapat 285 orang berada dalam lombong arang batu berkenaan apabila kemalangan berlaku. Perkara itu disahkan gabenor tempatan, Sergei Tsivilev menerusi Telegram.

Setakat ini belum ada kenyataan rasmi mengenai punca kemalangan itu berlaku yang mana pada 2004, pernah berlaku letupan metana sehingga membunuh 13 orang.

Siaran televisyen tempatan Rusia menyiarkan visual penyelamat dan penyiasat sedang bertungkus-lumus di kawasan kejadian ketika salji turun. Lombong tersebut dibina pada 1956 dan ia dimiliki oleh syarikat SDS-Ugol yang berpangkalan di bandar Kemerovo.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini