11 monumen mini kebanggaan negara-negara Asia Tenggara bakal menjadi tarikan terbaharu produk pelancongan di Pulau Bidong, Terengganu.

Monumen mini berkenaan dibina pada kedalaman 10 meter hingga 15 meter di dasar laut berhampiran Stesen Penyelidikan Alami Marin Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Projek Monumen Mini Dasar Air Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara yang pertama di dunia itu merupakan inisiatif bagi menggalakkan kelestarian pelancongan kebudayaan.

Antara 11 monumen mini tersebut ialah Menara Berkembar Kuala Lumpur, Monumen Nasional Indonesia, Monumen Jose Rizal, Pagoda Tran Quac dan Monumen Simbol Penyatuan ASEAN.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini