Di Kelantan, 11 pesakit Covid-19 yang terperangkap banjir berjaya dipindahkan pasukan bomba. Operasi melibatkan enam pesakit di Gua Musang dan lima di Rantau Panjang. Pengarah Bomba Kelantan, Zainal Madasin berkata semua pesakit menjalani kuarantin di rumah.

Mereka bagaimanapun tidak dapat keluar daripada kediaman ekoran bencana. Aset lori psukan digerakkan bagi membawa mereka keluar sebelum diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan. Operasi pemindahan dilaksana menerusi prosedur operasi standard ditetapkan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini