PDRM menaik taraf fungsi pos kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) kepada balai polis, untuk memudahkan masyarakat di kawasan pedalaman berurusan dengan pihak berkuasa.

Pada peringkat awal sebanyak 11 pos kawalan, iaitu sembilan di Sabah dan dua di Sarawak, dinaik taraf kepada balai polis.

Inisiatif dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara itu, bagi aspirasi Keluarga Malaysia. Jika projek rintis ini berjaya, ia akan diperluas ke semua 170 pos kawalan PGA di seluruh negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini