1,100 premis perniagaan elektrik di seluruh negara telah berdaftar di bawah program rebat Bantuan Banjir Keluarga Malaysia.
 
Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan, pihaknya mensasarkan lebih banyak  pemilik permis untuk mengambil bahagian yang bertujuan meringankan beban penduduk terjejas banjir bagi pembelian peralatan elektrik domestik.

Rebat hingga RM500 diberi kepada setiap isi rumah terkesan bencana banjir untuk pembelian alatan elektrik domestik di kedai berdaftar atau platform e-dagang terlibat.
 
Kementerian memberi jaminan tuntutan rebat bantuan banjir yang dibuat pemilik kedai berdaftar akan diselesaikan dalam masa tujuh hari.
 
Pembelian barangan mulai hari ini menyenaraikan 15 peralatan elektrik domestik termasuk peti sejuk, mesin basuh dan televisyen yang mempunyai label keselamatan SIRIM.
 
Bantuan khas terbuka kepada warganegara Malaysia yang berdaftar sebagai pengguna elektrik domestik dengan syarikat utiliti.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini