Sebanyak 113 kes keganasan rumahtangga dilaporkan di Kedah sepanjang tahun lalu. Antara bentuk keganasan termasuk ugutan, penderaan psikologi, emosi dan dikurung tanpa rela.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kebajikan Negeri Kedah, Datuk Halimaton Shaadiah Saad menyifatkan ia situasi yang membimbangkan.

Sebagai sokongan, 12 Pejabat Kebajikan Masyarakat ditempatkan di setiap daerah untuk membantu mangsa terlibat khususnya wanita, orang kurang upaya dan kanak-kanak.

Beliau terdahulu melancarkan Kempen Kesedaran Bijak Membantu Elak Tertipu Peringkat Negeri Kedah di Dataran Cenang Langkawi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini