1,147 unit pakaian dan kasut berjenama tiruan bernilai RM34,410 disita di Ipoh, Perak, semalam.

Turut ditahan seorang lelaki warga tempatan berusia 50-an.

Penahanan dan sitaan dibuat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak dalam satu operasi.

Menurut Pengarahnya Saifullizan Kamarul Zaman, serbuan dilakukan ke atas sebuah rumah teres satu tingkat di Taman Chempaka.

Suspek mengaku sebagai pemilik premis tersebut.

Lelaki terbabit dipercayai melakukan kesalahan di bawah Akta Cap Dagangan 2019.

Kes disiasat di bawah Seksyen 102 (1) (c) Akta Cap Dagangan 2019.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini