Peruntukan RM3 juta Kerajaan Johor, kepada Inisiatif Anak Johor Prihatin, telah memanfaatkan 1,151 penerima, terdiri daripada anak yatim dan yatim piatu COVID 19 dalam negeri, tahun ini.

EXCO, Khairin Nisa Ismail berkata, inisiatif melibatkan bantuan pendidikan dan perlindungan insurans hingga berumur 21 tahun.

Inisiatif dikendalikan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim itu juga memberi bantuan seratus ringgit kepada individu terlibat hingga tamat persekolahan.

Yayasan tersebut masih menerima permohonan baharu, selain giat menjalankan siasatan mengenalpasti kelayakan penerima bantuan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini