Sektor koperasi diminta memberikan tumpuan dalam usaha pembangunan perisian aplikasi perkhidmatan untuk kegunaan pengguna.

Menurut Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin, koperasi sewajarnya bersama-sama menjadi rakan strategik dengan menyertai pembangunan teknologi mengikut keperluan dan kesesuaian.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis jalinan kerjasama sistem penghantaran dan penerimaan bungkusan secara aplikasi internet antara ASEAN Co-operative Organisation (ACO) Koperasi 1Malaysia Berhad dan Parcel365 Sdn Bhd.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini